Topik ini merupakan satu kajian ilmiah mengenai ibubapa baru. Oleh itu, dalam laman ini akan menerangkan secara ringkas konsep-konsep ibubapa yang dapat diklafikasikan kepada beberapa kategori iaitu melibatkan ibubapa kandung, ibubapa angkat dan juga ibubapa tiri. Daripada penerangan konsep-konsep ibubapa ini, konsep ibubapa baru dapat diperjelaskan. Selainn itu, konsep keibubapaan juga turut dijelaskan dalam laman ini.
PENDAHULUAN
Panggilan ibu dan bapa tidak asing daripada pendengaran kita. Setiap individu yang mempunyai anak akan dipanggil sebagai ibubapa kepada anak tersebut. Suami isteri yang bakal melahirkan anak juga akan dipanggil ibubapa setelah lahirnya zuriat yang dikandungnya itu. Perkataan ibubapa ini begitu sinonim di dalam sesebuah institusi keluarga. Saat menjadi seorang ibubapa adalah sesuatu yang sangat bahagia bagi setiap pasangan suami isteri. Justeru, sebagai seorang ibubapa perlulah tahu konsep-konsep ibubapa mengikut kategori agar dapat lebih memahami dalam menjalankan peranan sebagai ibubapa.
DEFINISI KONSEP
Ibubapa
Definisi ibubapa ini dapat ditakrifkan dalam pelbagai aspek. Hal ini demikian, konsep ibubapa ini melibatkan ibu bapa kandung, ibubapa angkat dan juga ibubapa tiri. Berdasarkan kamus dewan edisi ketiga mendefinisikan ibubapa sebagai orang tua yakni emak dan ayah.
Secara umumnya, konsep ibubapa ini melibatkan tiga unsur iaitu ibu, ayah dan juga anak. Unsur anak juga boleh melibatkan anak angkat, anak tiri dan juga anak kandung yang mendorong kepada status ibubapa tersebut. Ini bermaksud indentiti anak-anak itu sama ada anak kandung, anak tiri atau anak angkat akan menyebabkan hubungan yang terjalin antara ibubapa dengan anak-anak tersebut adalah sebagai ibu bapa kandung, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat. Oleh itu, unsur anak ini dapat membezakan hubungan ibubapa dengan anak tersebut.
Berdasarkan sumber dari wikipedia, free encyclopedia menghuraikan konsep ibubapa sebagai berikut :
“ A parent is a mother or father, one who sires or gives birth to/or nurtures and raises an offspring. The different roles of parents vary throughout the tree of life, and are especially complex in human culture”.(http://en.wikipedia.org/wiki/Parent)
Berdasarkan definisi ibubapa di atas jelas menyatakan bahawa ibubapa adalah ibu atau ayah di mana merupakan individu yang memberikan kelahiran atau menjaga dan menaikkan keturunan. Konsep ibubapa ini juga mempunyai pelbagai definisi. Kebanyakan definisi ini mempunyai maksud yang seakan sama iaitu melibatkan ibu, ayah atau juga dipanggil sebagai individu yang mewujudkan generasi baru. Antara definisi tersebut adalah:
“ a father or a mother, one who begets or one who gives birth to or nurtures and raises a child, a relative who plays the role of guardian.” ( http://dictionary.reference.com/browse/Parent )
“a person who begets or brings forth offspring; especially: the natural parents of a child born of their marriage.” ( http://dictionary.reference.com/browse/Parent )
“a person who legally adopts a child”( http://en.wikipedia.org/wiki/Parent)
“a person or entity that owes to a child a legally imposed duty of support” ( http://en.wikipedia.org/wiki/Parent )
“a stepparent where designated by statute.” ( http://en.wikipedia.org/wiki/Parent )
“a person who brings up and cares for another.” ( http://en.wikipedia.org/wiki/Parent )
Ibu Bapa Kandung
Secara umumnya, ibubapa kandung merupakan ibubapa yang melahirkan atau mempunyai anak sendiri hasil daripada perkahwinan mereka di mana anak-anak tersebut mewarisi genetik mereka. Menurut sumber, mendefinisikan ibubapa kandung sebagai ;
birthparents or natural parents, the man and woman who conceive a child; also known as genetic parents. (http://en.wiktionary.org/wiki/biological_parent )
Definisi di atas menghuraikan ibubapa kandung adalah ibubapa semulajadi iaitu lelaki dan perempuan yang mengandungkan anak, juga tahu genetik ibubapa. Ini bermaksud, ibubapa kandung ini merupakan suami isteri yakni ibubapa yang dikurniakan anak hasil daripada perkongsian hidup mereka dan anak-anak tersebut mewarisi genetik mereka. Anak-anak tersebut akan mewarisi genetik ayah atau ibu atau genetik kedua-duanya.
Ibu Bapa Angkat
Ibubapa angkat merupakan individu atau pasangan suami isteri yang mengambil anak orang lain untuk dijadikan sebagai anak sendiri atau diletak dibawah jagaannya. Terdapat dua kategori ibubapa angkat. kategori pertama pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak dan kategori kedua pula adalah pasangan suami isteri yang mempunyai anak.
Kategori pertama, pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merupakan emak dan ayah angkat hasil daripada pengambilan anak orang lain untuk dijadikan sebagai anak sendiri kerana tidak dikurniakan zuriat di mana anak tersebut tidak mempunyai genetik ibubapa tersebut. Secara umumnya, pengambilan anak angkat ini adalah bertujuan untuk melengkapkan sesebuah keluarga. Pengambilan anak angkat ini biasanya ketika anak tersebut masih pada peringkat bayi. Oleh itu, ibubapa angkat tersebut perlu mengikut beberapa prosedur pengambilan anak angkat terutamanya dalam bertukaran nama ayah. Hal ini demikian untuk mengelakkan berlaku konflik siapa dirinya yang sebenarnya apabila meningkat remaja kelak. Tambahan pula, bagi anak perempuan yang beragama Islam, bapa kandung merupakan seseorang yang penting untuk menjadi wali apabila anak perempuan tersebut hendak berkahwin kelak.
Kategori kedua, pasangan suami isteri yang mempunyai anak merupakan ibubapa angkat hasil daripada pengambilan anak orang lain dan diletak di bawah jagaannya serta dijaga seperti anak sendiri. Secara umumnya, pengambilan anak angkat ini adalah bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang susah. Kebiasaannya, anak yang diperlihara atau dijaga itu adalah pada peringkat umur sudah bersekolah dan mengenali siapa keluarga sebenarnya. Kebanyakannya juga, nama bapa kandung tidak ditukar kepada nama bapa barunya itu. Ini bermaksud, anak tersebut masih mangekalkan berbinkan bapa kandungnya. Ibubapa angkat kategori ini biasanya terdiri daripada saudara terdekat dan juga individu yang mengenali keluarga tersebut tetapi tiada pertalian darah.
Walau bagaimanapun, terdapat juga ibubapa angkat yang terbentuk daripada program aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti-aktiviti kemasyarakan ini biasanya dijalankan oleh pelajar-pelajar universiti seperti program anak angkat. Sepanjang tempoh program tersebut, pelajar-pelajar universiti ini akan diletak di bawah jagaan keluarga angkat masing-masing. Ibubapa angkat ini akan menjaga pelajar tersebut dan dalam masa yang sama pelajar-pelajar tersebut akan akan memberi khidmat kemasyarakatan kepada keluarga-keluarga angkat tersebut seperti program motivasi kepada adik-adik angkat mereka.
Ibu Bapa Tiri
Ibubapa tiri ini boleh terdiri daripada ibu tiri atau bapa tiri. Ibubapa tiri ini wujud apabila pasangan suami isteri itu berkahwin lain dan dalam masa yang sama mempunyai anak hasil daripada perkongsian hidup dengan pasangan dahulu. Ini bermaksud, ibubapa tiri ini adalah mak atau ayah yang menjaga anak hasil daripada perkongsian hidup pasangannya yang terdahulu.
Ibubapa Baru
Oleh itu, ibubapa baru ini dapat dihuraikan sebagai individu atau orang tua yakni emak dan ayah yang melahirkan anak sulung. Pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak tetapi mengambil anak orang lain dan dijadikan sebagai anak sendiri juga dapat dikategorikan sebagai ibubapa baru. Ibu bapa baru ini juga boleh terdiri daripada ibubapa tiri.
Perkara utama dalam konsep ibubapa baru ini adalah pengalaman baru yang perlu ditempuhi oleh pasangan suami isteri ini sebagai seorang ibubapa. Ibubapa-ibubapa baru ini mula belajar bagaimana hendak menjadi sebagai seorang ayah, seorang ibu kepada anak kandung, anak angkat dan juga kepada anak tiri tersebut. Kebiasaannya pada peringkat awal, ibubapa baru ini akan merujuk kepada kedua-dua ibubapa mereka bagaimana hendak menjaga dan membesarkan anak mereka. Adakalanya, pada peringkat awal menjadi ibubapa iaitu semasa ibu berpantang selepas melahirkan anak, ibu baru ini akan tinggal bersama dengan ibu kandung ataupun ibu mertuanya untuk belajar secara tidak formal bagaimana hendak menguruskan bayi mereka.
Keibubapaan
Keibubapaan merupakan satu proses yang berlaku secara semulajadi apabila seseorang anak dilahirkan dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, konsep keibubapaan ini mempunyai pelbagai definisi. Antaranya adalah keibubapaan ialah satu unit yang mempunyai seorang ibu, seorang bapa yang mewujudkan generasi baru, seorang penjaga atau pembela. ( Brooks, 2001 dalam Jayaletchumi, 2002 ).
Keibubapaan juga didefinisikan sebagai sepasang individu yang membantu untuk memberikan hidup baru serta terlibat secara langsung dalam perkembangan dan interaksi daripada pelbagai aspek untuk sepanjang hayat hidup kanak-kanak. Jadi, keibubapaan dapat dirumuskan sebagai tanggungjawab sepasang individu yang mewujudkan, membela serta penjagaan seseorang kanak-kanak sepanjang hayat. ( Jayaletchumi, 2002 ).
KESIMPULAN
Kesimpulannya,ibubapa merupakan satu komponen asas dalam sesebuah keluarga. Untuk bergelar ibubapa mestilah mempunyai anak. Seseorang anak ini, dapat menukar status suami isteri itu kepada ibubapa dan sekaligus melengkapkan lagi institusi keluarga tersebut. Oleh itu, sebagai ibubapa haruslah memahami dan menjalankan tanggungjawab dengan dedikasinya. Ibubapa haruslah membuat persediaan awal bagi menghadapi cabaran semasa yang kini semakin komplek sejajar dengan era globalisasi ini.