Halaman

Selasa, 3 Mei 2011

APA YANG KAMU FIKIRKAN MENGENAI GAYA KEIBUBAPAAN MASA HADAPAN KAMU.

Andaikata saya sudah berkahwin dan menjadi ibubapa, gaya keibubapaan yang akan saya terapkan dalam keluarga saya sudah tentulah gaya keibubapaan autoritatif . Pada pendapat saya, pada era globalisasi ini seorang ibubapa haruslah bersikap tegas tetapi dalam masa yang sama ibubapa haruslah bersikap bertolenrasi dan saling berbincang serta berkongsi masalah dengan anak-anak.

            Saya memilih gaya keibubapaan ini kerana gaya keibubapaan ini dapat menghasilkan hubungan kekeluargaan yang kukuh dan penuh dengan kasih sayang. Hal ini demikian, corak ibubapa autoriatif ini bersikap tegas tetapi ibubapa tersebut tidak bersikap menolak, bersedia memberi penjelasan dan mempertimbangkan peraturan yang ditetapkan dalam keluarga tersebut. Tambahan pula, gaya keibubapaan ini dapat membentuk anak menjadi seorang yang cekap, bantu-kendiri, ada kawalan kendiri, suka mencuba dan puas hati dengan diri.

            Sejajar dengan era globalisasi ini, sebagai seorang ibubapa tidak harus bersikap ambil mudah. Ini bermaksud, ibubapa tidak harus bersikap lepas tangan dan membiarkan anak-anak membuat keputusan sendiri tanpa mengetahui dan mangambil tahu perkembangan anak-anaknya. Oleh itu, budaya yang saya akan serapkan dalam keluarga saya adalah pertama sekali saya akan serapkan nilai agama.

Pengaruh agama memainkan peranan penting dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh. Apabila nilai agama ini berjaya diserapkan dalam keluarga, anak-anak akan menghormati ibubapa dan sentiasa cuba sedaya upaya menjadi anak yang baik dan bersahsiah terpuji. Saya juga akan menggunakan pendekatan psikologi dalam memahami anak-anak saya.

Budaya lain yang akan diserapkan adalah disiplin terutamanya dalam menepati masa dan pengurusan diri. Budaya lain yang saya akan serapkan dalam keluarga saya adalah bertolak ansur secara lisan dengan anak-anak, menggalakkan berkembangan intelektual anak melalui berbincangan tentang keputusan-keputusan yang dibuat, peraturan dan jangkaan-jangkaan yang akan membantu anak-anak memahami sistem-sistem dan perhubungan sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan