Halaman

Selasa, 3 Mei 2011

Masa Peralihan Keibubapaan

Masa peralihan keibubapaan ini adalah sesuatu yang sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Hal ini demikian, apabila seseorang suami isteri bertukar status kepada ibu bapa, mereka terpaksa menyesuaikan diri kepada suasana dan keadaan baru. Penyesuaian diri ini melibatkan perubahan setiap aspek dalam kehidupan perkahwinan mereka iaitu melibatkan aspek kewangan, tabiat tidur, kehidupan sosial dan kehidupan seks.

            Ketika masih lagi berstatus sebagai suami isteri, kehidupan berkahwinan hanya melibatkan lingkungan suami isteri itu sahaja. Kehidupan mereka masih lagi bebas dan tidak terlalu terikat . Pada ketika ini, pasangan suami isteri hanya bertanggungjawab pada diri sendiri dan kedua-dua ibubapa mereka sahaja. Apabila bakal dan bergelar ibubapa, banyak perkara yang mereka terpaksa ubah. Selain bertanggungjawab kepada diri sendiri dan kedua ibubapa, mereka juga perlu menjalankan amanah dan bertanggungjawab membesarkan anak. Ada kalanya, ibubapa tersebut tidak dapat tidur yang mencukupi dan kurang bersama dengan pasangan kerana demi membesarkan permata hati.

 Oleh itu, ibubapa haruslah meningkatkan dan menimba ilmu pengetahuan mengenai keluarga dan keibubapaan agar mereka dapat bersedia dari segi mental dan fizikal. Membesarkan dan menjaga seorang anak bukanlah perkara mudah terutamanya pada zaman globalisasi ini kerana ia begitu mencabar kewibawaan seseorang ibubapa . Ibubapa itu haruslah bersikap berkerjasama dan menjalankan tangggungjawab masing-masing. 
             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan